
MOHAMED Maliki membuang undi pada pemilihan ahli jawatankuasa kerja MBM pada
Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-58 di Hotel de Palma dekat Kuala Lumpur semalam.
Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-58 di Hotel de Palma dekat Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menang tanpa bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 2010-2012 di sini.
"Saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden dengan sebaik mungkin agar tidak mensia-siakan harapan anggota MBM yang lain, serta akan menekankan aspek perpaduan di kalangan mereka," katanya selepas keputusan pemilihan diumumkan semalam.
Mohd. Sukor Md. Yusof juga menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden manakala jawatan Naib Presiden disandang Ab. Karim Mohammad (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia), Irmohanizam Ibrahim (Persekutuan Pengangkap Malaysia), dan Low Eng Tack (Gerakan Belia Bersatu Malaysia).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: