Sunday, January 10, 2010

makan hati dengan TV3?




ANUGERAH Juara Lagu ke-24 (AJL-24) yang akan berlangsung pada malam ini tentu akan memberi kejutan besar kepada penonton. Kejutan apa tu? Yalah... Kejutan bagaimana giliran Tomok yang sepatutnya membuat persembahan paling akhir, tiba-tiba ditukar kepada orang lain.

Berita ini disampaikan oleh seseorang kononnya Tomok berkecil hati dan terguris perasaan kerana perkara itu.

Semasa cabutan nombor giliran baru-baru ni, Tomok dapat giliran yang ke-14 iaitu giliran akhir untuk buat persembahan. Tomok akan menyanyikan lagu Rindu Terhenti.

Sayangnya selepas cabutan itu, tiba-tiba pihak TV3 dikatakan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut lalu menasihati Tomok agar menukar tempatnya dengan penyanyi Faizal Tahir yang mendapat giliran nombor sembilan.

Kerana atas dasar hormat, Tomok terpaksa akur permintaan itu. Lagi pun Faizal Tahir kan anak emas TV3, nak cakap apa lagi, terima sajalah walaupun dalam hati terbuku. Dengar cerita memang Tomok agak sedih kerana tindakan tu macam tak adil kepada dirinya sebagai artis.

Betul jugalah. Buat apa dibuat cabutan kalau ada pihak yang mengubah semula? Lebih baik pilih awal-awal artis mana yang hendak diawalkan, artis mana nak dilambatkan. Senang cerita.

Tapi mengikut sumber yang Niezam dengar pula, pihak TV3 tidak yakin dengan persembahan Tomok untuk menutup acara berkenaan.

Mereka lihat Faizal Tahir yang akan menyanyikan lagu Bencinta mampu membuatkan penuntut terpaku dengan persembahannya itu. Jadi, atas faktor itu terpaskalah TV3 mengubah kedudukan artis.

Dek kerana perkara itu juga Tomok dikatakan seolah-olah sedih kerana menganggap ada pihak yang seperti memperlekehkan kemampuannya.

Tak apalah Tomok, malam ni buat persembahan betul-betul tau. Kalau ada rezeki dan persembahan itu bagus, giliran ke seribu pun, tak jadi masalah. Jangan buka baju sudah!

NIEZAM: Akan muncul di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: