
PERNAH dengar tak pasal program komedi terkenal dari Britain berjudul Little Britain? Marilyn pun bukan arif sangat dengan program-program dari luar, setakat sikit-sikit bolehlah. Kalau tanya bab filem, bolehlah Marilyn sebutkan beberapa judul filem popular. Paling tidak, tahulah pasal Avatar yang berbuih di bibir ramai pencinta filem abad ini.
Kembali kepada kisah Little Britain, Marilyn dapat menghidu satu berita, kononnya ada sebuah stesen TV tengah merancang sebuah projek yang agak menarik untuk pelawak popular Nabil sebagai pelakon utama untuk siri komedi terbaru ala-ala Little Britain itu.
Ketepikan soal menceduk idea luar, kerana tanpa idea dari luar tak adalah Cicakman atau KL Drift, tak gitu? Yang bagusnya, Nabil sendiri bukan setakat pelawak kampung, dia tahu banyak benda tentang komedi dan siapa pelawak antarabangsa.
Tapi untuk komedi di Malaysia, Nabil kena tahu tentang sentimen agama dan budaya Timur. Jadi, Little Britan versi Nabil nanti pastinya tidak akan keterlaluan atau mencetuskan sebarang kontroversi. Sampai sekarang siapa regu Nabil untuk menggelegakkan lawak dalam program berkenaan juga masih belum dapat dipastikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: