
SPESIES kumbang permata adalah serangga terancam yang dilindungi.
SEORANG pelancong asing yang tiba dari Mexico ditahan pihak kastam Amerika Syarikat (AS) kerana cuba membawa masuk seekor kumbang permata yang dipakai sebagai kerongsang di baju panasnya, lapor akhbar kelmarin.
Kumbang permata yang hidup di rantau Amerika Selatan itu merupakan spesies serangga eksotik dan dilindungi.
Pelancong itu memasuki AS melalui Jambatan Antarabangsa Gateway di Brownsville, Texas pada 12 Januari lalu dan mengisytiharkan kumbang itu sebagai batu permata semasa pemeriksaan pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
Dia mendakwa telah membeli serangga itu di Mexico sebagai barang perhiasan namun tidak menyedari tindakan tersebut adalah satu kesalahan apabila tidak memiliki surat kebenaran membawa masuk haiwan luar ke AS.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: