Wednesday, January 27, 2010

Kerusi tidur kelas ekonomi pesawat


GAMBAR menunjukkan sepasang kekasih tidur dalam kelas
ekonomi yang akan diperkenalkan syarikat penerbangan
Air New Zealand tahun ini.

WELLINGTON - Syarikat penerbangan Air New Zealand menyediakan bangku yang boleh manjadi tempat tidur di kelas ekonomi untuk pasangan kekasih dan keluarga.

Kemudahan 22 buah kerusi itu akan disediakan kepada penumpang untuk pesawat baru 777-300 pada hujung tahun ini.

"Kami meneliti bagaimana penumpang-penumpang meliuk badan dalam penerbangan dan cara ibu bapa mencari ruang untuk anak-anak mereka berlingkar dan tidur," kata Pengarah Urusan Kumpulan Air New Zealand, Ed Sims.

"Pihak kami kemudian mendapat idea yang sempurna untuk sebuah keluarga yang mempunyai dua anak atau pasangan yang boleh memilih membeli kerusi ketiga dalam barisan pada separuh harga sekali gus membolehkan mereka berbaring dan bersantai bersama-sama," tambahnya.

Pesawat pertama 777-300 daripada lima buah yang ditempah itu akan dihantar kepada syarikat tersebut pada tahun ini dengan penerbangan pertama akan bermula antara New Zealand dengan Los Angeles.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: