
TEL AVIV - Bar Refaeli iaitu model pakaian dalam dari Israel yang merupakan kekasih aktor popular, Leonardo DiCaprio diboikot tentera Yahudi kerana dia mengelak daripada menyertai perkhidmatan tentera, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa laporan menyatakan, tentera Israel telah melancarkan kempen untuk menggesa rakyat negara itu memboikot semua produk yang dipromosikan oleh Refaeli, 24.
Model itu sebelum ini memohon status bukan penduduk di negara kelahirannya itu untuk mengelak daripada membayar cukai dan menyertai perkhidmatan tentera.
"Saya seorang sahaja tidak mampu menangani masalah Refaeli tetapi anda semua (rakyat Israel) boleh melakukannya," kata Pengarah Sumber Manusia Tentera Israel, Avi Zamir.
"Wanita itu perlu sedar bahawa kita adalah masyarakat tentera dan anda dinasihati supaya tidak membeli produk yang dipromosinya walaupun ia dari syarikat negara ini (Israel)," tambah pengarah berkenaan.
Sementara itu, Refaeli keluar bersama DiCaprio untuk menyaksikan satu perlawanan bola keranjang di sebuah stadium Los Angeles kelmarin.
Pasangan itu kelihatan mesra setelah hubungan mereka menjadi dingin sejak Jun lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: