Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa.
![]() |
| BINGKAI jam tangan TW Steel kuning keemasan yang bertatahkan permata berkilau. |
Jam tangan didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Di pasaran jam tangan, antara jenama yang terkenal dengan kehebatannya ialah TW Steel. Ia merupakan singkatan kepada frasa The Watch in Steel.
![]() |
| JENAMA TW Steel cenderung memilih keluli tahan karat bagi menghasilkan jam tangan yang berkualiti dan terbaik. |
Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa. Ia boleh dimiliki wanita dan lelaki.
![]() |
| JAM tangan rona hitam sesuai digayakan oleh jejaka yang aktif. |
"Jam tangan bersaiz besar memang popular pada zaman sekarang dan ia mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh masa yang singkat," ujarnya sambil menjelaskan setakat ini TW Steel telah mengeluarkan hampir 130 model jam tangan.
Setiap model memiliki imej tersendiri. Antaranya, Canteen, Goliath, Grandeur, Diver, Tech, Icon, CEO Canteen dan CEO Tonneau. Memandangkan stail dan penggayaan jam tangan agak subjektif, bapa kepada Jordy, Ton Cobelens menerajui proses rekaan yang memenuhi cita rasa semasa. Tambahan pula, Ton sebelum ini pernah bekerja dengan jenama jam tangan terkemuka, Raymond Weil pada era 1980-an.
Melebarkan empayar
Tambah Jordy dalam tempoh tiga tahun diperkenalkan, TW Steel mula berkembang maju dan berjaya melebarkan empayar di Sepanyol dan negara Eropah lain.
Hari ini, TW Steel menikmati rangkaian pengedaran yang luas di utara dan selatan Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Malaysia.
![]() |
| HARGA jam tangan jenama TW Steel bermula RM815 hingga RM4,894. |
Antara syarikat pengedar yang bekerjasama dan mempamerkan TW Steel ialah Harrods, Harvey Nichols, Christ, El Corte Ingles, Karstadt dan Selfridges. Di Malaysia, jenama itu boleh diperolehi di bawah pengedar LuxuryConcepts.
Sebut sahaja tentang harga, mungkin segelintir individu ternganga kerana harganya yang agak mahal. Namun, Jordy yakin bahawa mereka yang bergaji sederhana masih boleh menggunakannya.
"Berbanding jam tangan mewah yang lain, jam tangan TW Steel berharga dalam lingkungan harga 150 Euro hingga 900 Euro," jelasnya.
![]() |
| JENAMA TW Steel dari Belanda hanya mengeluarkan jam tangan bersaiz besar. |
Berasaskan kepada falsafah bahawa TW Steel tidak mungkin akan menghasilkan jam tangan bersaiz kecil, yakinlah bahawa anda tidak akan hampa dengan pelaburan yang dilakukan.
Malah, penyanyi Lionel Ritchie dan Justin Timberlake pun turut terpesona dengan kehebatan dan saiznya yang berbeza dari kebiasaan.





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: