
DEFNE (tengah) ditemu ramah oleh pemberita di Istanbul, Turki kelmarin.
ISTANBUL – Isteri pengebom berani mati yang membunuh tujuh kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Afghanistan baru-baru ini menjelaskan suaminya marah dengan layanan terhadap tahanan Iraq di penjara Abu Ghraib, Bahgdad.
Dfene Bayrak yang merupakan isteri Dr. Humam Khalil Abu-Mulal al-Balawi berkata, suaminya turut memarahi pencerobohan AS ke atas Iraq dan Afghanistan.
![]() |
| Dr. Humam Khalil |
“Saya fikir peperangan menentang AS mesti diteruskan,” kata Dfene semalam.
Polis Turki menyoal siasat Dfene dan membebaskan wanita itu kelmarin.
Namun wanita itu menyatakan bahawa pihak polis telah merampas sebuah buku yang ditulis beliau bertajuk Osama bin Laden the Che Guevera of the East.
Dr. Human Khalil yang merupakan ejen perisikan Jordan meletupkan diri di sebuah pangkalan CIA milik AS di Afghanistan menyebabkan tujuh kakitangan agensi tersebut maut.
Dia dijemput memasuki pangkalan itu oleh CIA bagi mengumpulkan maklumat perisikan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: