Friday, January 22, 2010

Isteri Martin Sheen terlantar di ICU

LOS ANGELES – Isteri kepada pelakon Charlie Sheen, Brooke Mueller terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami deman panas dan jangkitan selepas menjalani pembedahan mulut, kata peguam beliau.

Peguam bela Brooke Mueller, Yale Galanter berkata Brooke memfailkan permohonan penundaan bicara kes penderaan domestik di mahkamah Colorado ke atas suaminya, Charlie Sheen.

Sementara itu, Charlie Sheen cuba meminta kebenaran daripada mahkamah untuk melawat isterinya di hospital akan dipertimbangkan oleh pihak mahkamah dan perintah melarang mereka untuk bertemu masih berkuat kuasa di luar kawasan hospital.

Pelakon Two and a Half Men yang berusia 44 itu dilaporkan telah melakukan penderaan domestik ke atas isterinya pada 25 Disember tahun lalu. beliau dikatakan menindih isterinya atas katil sambil mengugutnya dengan sebilah pisau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: