
LAI LENG (kanan) berbual dengan Naran Singh selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh teman lelakinya, Risham di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.
IPOH - Seorang ibu tunggal dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai teman lelakinya kira-kira dua tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Pesuruhjaya Kehakiman Chong Siew Kim memerintahkan Wong Lai Leng, 53, dibebaskan daripada tuduhan membunuh Risham Abdullah, 63, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Keputusan itu dibuat setelah beliau mendapati banyak kepincangan dan keraguan dalam kes pendakwaan yang gagal ditangani Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin.
Antara perkara yang mencacatkan adalah kegagalan pihak pendakwa mengemukakan salinan asal laporan kimia dan kad pengenalan mangsa kepada mahkamah.
Selain itu isu akses ke bilik yang merupakan lokasi mayat Risham ditemui juga gagal dijawab sepanjang perbicaraan biarpun penyewa bilik tersebut telah dipanggil sebagai saksi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: