
GAMBAR bertarikh 11 Januari lalu menunjukkan seorang
guru menyaksikan pelajar membuat latihan mendandan rambut di sebuah rumah pengebumian di Taiwan.
guru menyaksikan pelajar membuat latihan mendandan rambut di sebuah rumah pengebumian di Taiwan.
TAIPEI - Seorang lulusan kolej yang mempunyai lesen mengawet mayat sebelum disemadikan mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$37,500 (RM127,425) setahun di Taiwan.
Pendapatan itu bersamaan dengan gaji seorang jurutera muda dan dua kali ganda daripada pendapatan kerja mendandan rambut.
Ekoran pendapatan yang lumayan, sebanyak 2,000 orang memohon untuk mengisi 10 jawatan mengawet mayat di negara itu, baru-baru ini.

GAMBAR bertarikh 16 Januari lalu menunjukkan seorang kakitangan sebuah rumah pengebumian menyediakan hiasan dalaman keranda untuk simati di Taipei.
"Pada masa lalu, ibu bapa anda akan pengsan jika mereka diberitahu anda mahu bekerja dalam industri pengebumian," kata seorang pengurus di rumah pengebumian di Taiwan.
"Kini ia (menghias mayat) dianggap sebagai satu pekerjaan yang baik walaupun tidak dihormati seperti guru atau jurutera," tambahnya.
Majlis pengebumian di negara itu dibuat secara besar-besaran dan kemewahan dengan melibatkan pancaragam, tarian dan sekumpulan orang yang diupah bagi menangis untuk simati.
Mengawet mayat itu melibatkan kerja-kerja mengurut tubuh mayat dengan minyak wangi dan mendandan pelbagai gaya rambut antaranya punk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: