Wednesday, January 20, 2010

Gadis 18 tahun dapat kanser kulit


DONNAR yang duduk di depan sebuah katil untuk menggelapkan kulit menunjukkan parut diserang kanser melanoma di kaki kirinya di Vincennes, Indiana pada 14 Januari lalu.

WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk meningkatkan amaran bahawa katil untuk menggelapkan kulit yang digunakan jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser, lapor sebuah akhbar semalam.

Semakin ramai saintis yang berpendapat bahawa alat berkenaan boleh menyebabkan penggunanya mendapat kanser kulit termasuk melanoma.

Seorang mangsa katil penggelap kulit, Katie Donnar, 18, tidak mengendahkan amaran tersebut sebelum ini.

Pada tahun lalu, dia mendapati kakinya diserang melanoma semasa melakukan persiapan untuk menyertai pertandingan ratu cantik Indiana selepas menggunakan katil tersebut.

Gadis itu berkata, walaupun tidak mempunyai bukti kukuh, dia yakin penyakitnya disebabkan katil penggelap kulit setelah kerap menggunakan alat itu sejak awal remaja lagi sebelum diserang barah.

"Sukar membayangkan bahawa saya membahayakan diri sendiri," kata Donnar.

"Tanda-tanda amarannya kecil sehingga saya langsung tidak menyangka kebenarannya," tambah gadis itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: