Tuesday, January 19, 2010

Formulasi baru kawal berat badan


AMINUDDIN (kanan) dan Mohd. Hazurazmin menunjukkan produk V'Care Body Shape di Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU - Permintaan pengguna terhadap produk kecantikan yang tinggi mendorong NH-V'Care Sdn. Bhd. mengeluarkan produk kecantikan V'Care Body Shape yang diformulasi khusus untuk mengawal berat badan.

Pengurusnya, Dr. Aminuddin Yaacob berkata, V'Care Body Shape merupakan produk pertama yang dipasarkan syarikat itu sejak ia mula beroperasi Oktober tahun lalu.

Menurutnya, V'Care Body Shape masih baru di pasaran namun produk kecantikan itu sudah terjual lebih 10,000 kotak dalam tempoh tiga bulan pertama pengenalannya.

"Konsep pengurangan berat badan produk ini (ialah) melalui kaedah mengurangkan penyerapan karbohidrat daripada makanan ke dalam badan.

"Kekurangan kalori yang diambil dari makanan menyebabkan tubuh akan menggunakan sumber kalori daripada lemak badan untuk menghasilkan tenaga sekali gus berat badan dapat dikurangkan," katanya ketika ditemui di Kubang Kerian dekat sini baru-baru ini.

Produk tersebut dijual dengan harga RM115 sekotak dan setiap satu mengandungi 20 paket.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: