
KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan pengumpulan lebih 15 tan metrik madu asli tualang pada tahun ini untuk pasaran tempatan.
Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, madu asli tualang yang dikumpul daripada 50 pengumpul madu asli tersebut hanya berjumlah lima tan pada tahun lepas.
Menurutnya, madu asli tualang yang mempunyai khasiat untuk pelbagai penyakit kronik dan mendapat pengiktirafan daripada kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dibeli dengan harga RM58 sekilogram.
Katanya, madu asli tualang agak sukar diperoleh memandangkan madu tersebut dihasilkan daripada lebah liar yang membuat sarang di pokok tualang.
"Jumlah madu asli tualang yang dikumpul masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna yang tinggi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Awam Penggunaan Madu Lebah Asli Kebangsaan ke-2 di Hotel Renaissance di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: