Friday, January 8, 2010

Episod Istimewa Handy Manny

Playhouse Disney akan melancarkan episod istimewa Handy Manny – Motorcycle Adventure bersempena dengan pelancaran musim ketiga siri ini. Mengisahkan Manny dengan peralatannya yang sedia membantu Major Rosa dalam usaha pemulihan air di Sheet Rock Hill serta menolong Mr Lopart dalam penyediaan menyambut tahun baru.

Penerokaan yang bermula pada 18 Januari ini akan membawa penonton menyusuri perjalanan Manny dan sekali gus dapat memberi input kepada penontonnya lebih memahami cara-cara menyelesaikan masalah kehidupan dan mencapai matlamat hidup.

Dalam musim baru ini juga Handy Manny ini bersama rakan-rakannya Stretch, Dusty, Felipe, Turner, Squeeze, Rusty, Pat dan Flicker. Siri selama satu jam ini juga akan memaparkan Manny yang suka membantu sesiapa sahaja. Pengembaraan Manny selama seminggu ini akan melihat perjalanan Manny pulang ke rumah untuk perjumpaan keluarganya. Namun segala-galanya bermula apabila Pat, Squeeze dan Flicker tercicir. Rupa-rupanya Pat telah membuat keputusan untuk mencari keluarganya sendiri dan didapati di belakang sebuah trak yang sedang menuju ke sebuah kedai hardware besar di luar bandar.

Peminat siri ini akan dibawa melihat kesungguhan Manny mengejar sebuah trak besar dan dalam masa yang sama menghadapi pelbagai rintangan sebelum berjaya sampai kepada tukul, pengepit dan lampu suluhnya yang setia. Apabila semuanya sudah berkumpul, mereka meneruskan perjalanan ke perjumpaan keluarga Manny. Pat akhirnya menyedari bahawa dia sebenarnya berada di kalangan keluarganya selama ini. Penonton boleh menyaksikan siri ini di saluran Astro 613 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: