Friday, January 22, 2010

Dicekup lepas kes cerai - Isteri didakwa pecah masuk kedai suami


KEDAI Hasbi di Jalan Masjid India ini kini hanya menjual kasut selepas semua beg tangan didakwa hilang dalam satu kes curi beberapa bulan lalu.



HASBI menunjukkan CCTV yang dipasang oleh DBKL dalam kedainya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang sanggup mencuri di kedai suaminya sendiri dan melarikan diri ke kampung halamannya di selatan Thailand bersama anak tunggalnya September lalu akhirnya ditangkap polis semalam.

Phattraporn Ma, 33, yang berasal dari Narathiwat ditahan di Mahkamah Syariah Kuang, Gombak semalam ketika menghadiri kes tuntutan cerai dengan suaminya, Hasbi Idris, 53.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi telah mengesahkan tangkapan wanita Thailand itu yang memang dicari polis selama ini sejak lima bulan lalu.

Menurut beliau, tangkapan dibuat hasil maklumat suami wanita terbabit yang bersetuju untuk datang ke mahkamah bagi menguruskan masalah penceraian mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: