CERITA yang Cik Normah dengar ini sekali dengar macam tidak percaya. Tapi selepas diyakinkan Lara Kirana Manja, Cik Normah gagahkan diri untuk berkongsi cerita ini.
Pada masa sama, Cik Normah berharap cerita yang didengari itu tidak benar.
Atau dalam erti kata lain, harapnya ia mungkin sedikit cebisan yang mahu menguji tugu cinta pasangan yang dimaksudkan ini. Biasalah kalau dalam bercinta, pasti ada pasang surutnya. Lumrah. Ceritanya begini, Cik Normah diberitahu pelakon lelaki yang boleh tahan juga popularnya sudah main kayu tiga di belakang kekasihnya juga seorang pelakon yang pada Cik Normah memang cantik.
Lara memberitahu artis lelaki itu mula rapat dengan seorang gadis yang boleh tahan juga cantiknya. Malahan, Lara beritahu, pelakon lelaki itu cuba membeli jiwa gadis terbabit dengan membelikan hadiah. Tapi Cik Normah tak nak serkap jarang, barang kali ia tidak lebih daripada sekadar bersahabat.
kawan Cik Normah cakap pelakon lelaki itu sudah mula menunjukkan belangnya biarpun Cik Normah ada membaca sebuah artikel mengenai kekasihnya yang berkeyakinan tinggi dan percaya kepada artis lelaki itu. Kasihan pula Cik Normah jadinya kalau betul pelakon lelaki itu sudah curang dengan kekasihnya.
Pasangan ini memang sepadan. Cik Normah seboleh-bolehnya tidak mahu hubungan mereka berakhir begitu saja kerana mahu melihat mereka bahagia ke gerbang perkahwinan dan hidup selama-lamanya. Tapi soal jodoh ini bukan kuasa kita untuk merancang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: