
Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dimuatkan ke dalam kontena untuk diseludup ke Dubai dari Pelabuhan Utara, Klang baru-baru ini.
PELABUHAN KLANG - Cubaan menyeludup enam buah kenderaan curi yang kesemuanya bernilai RM490,000 ke Dubai dipatahkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor dalam satu pemeriksaan di Bahagian Eksport Pelabuhan Utara di sini Khamis lalu.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar berkata, dalam pemeriksaan pada pukul 5 petang itu, pihaknya merampas dua buah kontena yang memuatkan enam buah kenderaan pacuan empat roda iaitu sebuah Toyota Harrier dan lima Toyota Hilux.
Menurut beliau, muatan dalam kedua-dua buah kontena itu diikrar sebagai mesin acuan untuk dieksport ke Dubai.
Bagaimanapun, menurut beliau, setelah diperiksa, kedua-dua buah kontena tersebut bukan mengandungi mesin acuan sebaliknya membawa enam buah kenderaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: