Thursday, January 21, 2010

Crisis Core: Final Fantasy 7

Pemain akan menjadi Zack Fair untuk mempelajari asal-usul Cloud Strife iaitu watak utama dalam Final Fantasy 7.



FINAL Fantasy 7 (FF7) merupakan siri terlaris dalam francais Final Fantasy dari Square Enix. FF7 juga mempunyai lebih kurang lima permainan video, animasi pendek dan satu filem yang menceritakan dengan lebih mendalam plot cerita keseluruhan.

Crisis Core mengisahkan tentang kejadian dan peristiwa sebelum kisah utama FF7 yang epik bermula. Ia telah dikeluarkan pada Jun 2008 dan hanya boleh dimainkan pada Playstation Portable (PSP).

Zack Fair

Crisis Core mengisahkan tentang seorang ahli askar elit syarikat Shinra yang diberi gelaran Soldier di mana peranan utama mereka adalah melindungi hak dan kepentingan syarikat. Watak utamanya, Zack Fair, adalah ahli Soldier gred kedua.

Pemain akan membantu Zack untuk menjadi Soldier gred pertama, di samping mempelajari asal-usul Cloud Strife iaitu watak utama dalam FF7. Antara watak FF7 yang muncul adalah Aerith, Sephiroth, Tifa dan Yuffie. Musuh-musuh dari siri FF7 juga turut membuat kemunculan.


BAGI peminat siri FF7 sedia ada pula, Crisis Core adalah permainan yang wajib dimainkan.

Cara permainan dan sistem pertempuran

Oleh kerana Crisis Core dimainkan di platform mudah alih PSP, mekanisma permainannya telah diubah, namun masih mengekalkan unsur-unsur yang digunakan dalam sistem pertempuran FF7.

Dalam Crisis Core, pemain mampu mengawal pergerakan Zack ketika pertempuran. Tidak seperti siri permainan sebelumnya, pemain hanya mampu mengawal tindakan watak di skrin.

Sistem ini juga adalah relevan kerana hingga ke akhir permainan, pemain dapat mengawal seorang watak sahaja.

Pertempuran dengan musuh juga masih rawak dan ketika pertempuran, pemain dapat melihat senarai tindakan tambahan yang perlu digunakan ketika bertempur; di samping meter HP (Hit Points), MP (Magic Points), AP (Action Points) dan DMW. Untuk memberi arahan kepada Zack, pemain boleh memilih tindakan yang diperlukan menggunakan butang L1 dan R1.

Materia dan Materia Fusion

Materia merupakan sistem lama yang dibawa dari FF7. Asas fungsinya juga masih sama, namun telah diberikan pelbagai fungsi baru. Dalam Crisis Core, materia tidak digunakan pada senjata, tetapi dipakai terus oleh pemain. Dengan materia, pemain mampu memiliki keupayaan tambahan, bergantung kepada jenis materia yang dipakai.

Secara amnya, terdapat materia magic, command, summon, support dan independent. Untuk menambahkan kekuatan dan fungsi sesuatu materia, pemain boleh menggunakan Materia Fusion, iaitu dua materia dan satu barangan tambahan boleh digabungkan untuk membentuk satu materia baru. Kombinasi yang tepat dan resipi untuk gabungan materia ini perlu diterokai sendiri oleh pemain.


MEKANISMA permainan sedikit berubah apabila dimainkan menggunakan platform PSP.

Digital Mind Wave (DMW)

Sistem DMW adalah unik kepada Crisis Core. DMW merupakan meter yang mirip permainan Jackpot, cuma yang membezakannya adalah gambar-gambar di atas jaluran Jackpot ini memaparkan watak-watak dari permainan. Mekanisma Crisis Core banyak bergantung kepada DMW ini.

Terdapat tiga jenis DMW iaitu Normal, Summon dan Chocobo. Ketika pertempuran, DMW ini akan sentiasa berputar dan akan memasuki mod Modulation Phase iaitu apabila jalur kanan dan kiri berhenti pada gambar yang sama. Untuk naik tahap atau Level Up, pemain perlu mendapat DMW dengan kombinasi 7-7-7 tanpa mengira kombinasi gambar.

Modulation Phase dalam DMW juga penting untuk membuat Summon iaitu untuk memanggil kuasa dewa dan Limit Break iaitu gerakan serangan hebat yang bergantung kepada gambar watak yang muncul di jalur DMW.

Mission


DALAM Crisis Core, pemain mampu mengawal pergerakan Zack ketika pertempuran.

Jalan cerita Crisis Core adalah linear dan sekiranya pemain ingin berehat sebentar daripada plot utama, pemain boleh mengambil tugasan Soldier dengan melakukan mission.

Terdapat 10 kategori utama mission, setiap satu dengan subkategori masing-masing. Menamatkan mission adalah sukar tetapi sekiranya pemain mengambil masa untuk menamatkannya, pemain mampu memperolehi barangan dan aksesori yang unik dan boleh membantu pemain menamatkan keseluruhan permainan dengan lebih mudah.

Secara keseluruhan, Crisis Core: Final Fantasy 7 memiliki mekanisma permainan yang kukuh di samping jalan cerita yang asli. Walaupun ia dimainkan di konsol kecil dan mudah alih, kualiti grafik yang dipamerkan adalah amat memuaskan.

Ia juga mampu menarik peminat dan pemain baru untuk bermain dan menjelajah keseluruhan saga FF7. Untuk peminat siri FF7 sedia ada pula, Crisis Core adalah permainan yang wajib dimainkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: