Tuesday, January 19, 2010

Boyfren Baru Linda Onn!



KL, 3 SEPTEMBER 2008: Aiseyy ... selepas deejay meletop, Linda Onn 'putus cinta' dengan pelakon Fahrin Ahmad, ramai juga hendak tahu siapalah jejaka lain yang sudah mendampingi penyampai radio popular Era FM ini. Ada cakap jejaka Melayu, ada cakap Mat Salleh, hai macam-macam versilah.

Namun kali ini, Murai Batu hendak siarkan wajah seseorang yang istimewa dan dia ada bersama Linda ketika majlis perkahwinan penyampai baru Era, Aimee, di ibu negara, baru-baru ini.

Khabarnya Linda dan jejaka kacak dan cool itu datang bersama-sama tetapi cuba duduk jauh-jauh apabila ternampak press. Haa, apa salahnya duduk dekat-dekat kalau sekadar berkawan kan? Kebetulan jurugambar murai.com.my ada di situ, jadi teruslah merakamkan wajah jejaka yang dikatakan teman baru Linda itu.

"Dia tu seorang jurutera. Lain-lain tu korang carilah sendiri," kata sumber terbabit. Amboi, macam ini kena panggil Ejen Nora Zain lah sebab sumber Murai Batu itu kekwat dan jual mahal pulak!

Tapi dari satu kedaerahan (amboi bersastera pulak Murai Batu), nampak sekan brader berkulit cerah dan memakai songkok itu seorang yang tidak sombong. Dia ramah dan murah dengan senyuman. Gaya pun nampaknya bersopan santun.

Jadi dipendekkan cerita, adakah dia kekasihmu wahai Linda Onn?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: