
NIZAR diusung masuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (gambar kecil) selepas kereta yang dipandunya terbalik di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh semalam.
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sehingga keempat-empat tayarnya naik ke atas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, Mohammad Nizar dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik gigi di Jalan Sultan Idris Shah di sini.
Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu cuba mengelak sebuah kereta Volvo berwarna emas yang keluar secara tiba-tiba dari Jalan Seruan.
Katanya, kereta Toyota Camry 2.0 berwarna kelabu yang dipandu Mohammad Nizar telah melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta Volvo tersebut yang dipandu seorang doktor wanita dari sebuah pusat perubatan swasta di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: