
WALAUPUN dilahirkan sebagai pasangan kembar, kedua-dua bayi lelaki yang dilahirkan di Florida ini akan menyambut hari jadi masing-masing pada hari dan dekad yang berbeza.
Ibu kepada pasangan bayi kembar itu, Margarita Velasco melahirkan anak kembarnya melalui pembedahan di Hospital Besar Tampa.
Bayi pertama yang diberi nama Marcello dilahirkan sebelum detik 12 malam tahun baru, manakala pasangannya Stephano pula dilahirkan beberapa jam kemudian selepas muncul tahun baru, baru-baru ini.
Bapa kepada bayi kembar itu, Juan, berkata sambutan hari jadi anak-anak kembarnya itu akan disambut secara berasingan pada masa-masa akan datang.
Pasangan kembar itu kini ditempat di wad rawatan intensif dari kerana dilahirkan 10 minggu lebih awal dan dijangka dibenarkan pulang kira-kira lapan minggu lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: