Wednesday, January 13, 2010

Badak air berkeliaran di kampung


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor badak air yang terlepas dari sebuah zoo persendirian dekat Tasik Skadar di Plavnica, Montenegro.

PODGORICA - Seekor badak air Afrika yang menyelamatkan diri semasa banjir melanda sebuah zoo persendirian di selatan Montenegro di sini mencetuskan kekecohan apabila ditemui penduduk kampung sedang berjalan dekat kawasan kediaman mereka semalam.

Badak betina seberat dua tan dan dikenali sebagai Nikica, dihanyutkan limpahan air banjir dengan berenang melepasi kandang zoo sebelum dibawa arus ke sebuah desa di Plavnica dekat Tasik Skadar.

Mamalia berusia 11 tahun belum ditangkap oleh pemilik zoo itu.

Menurut pemilik zoo tersebut, Dragan Pejovic, dia mahu menunggu air surut sebelum menangkap badak tersebut.

"Pastinya, kami tidak akan membawanya sehingga banjir surut.

"Tidak ada sebab untuk panik. Badak kami merupakan haiwan yang jinak," katanya.

Menurut Pejovic, dia sudah tinggal selama sembilan tahun di zoonya tanpa ada sebarang masalah yang menganggu penduduk kampung tersebut.

Seorang penduduk di kampung itu Nikola Radovic berkata: "Apabila saya keluar dari rumah untuk memberi lembu saya makanan, saya ternampak seekor badak air berdiri di depan rumah dan saya menyangka saya sedang gila.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: