
TIGA buah kapal yang ditahan APMM kerana menjalankan aktiviti pemindahan minyak di perairan Pontian, Johor kelmarin.
JOHOR BAHRU - Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan tiga kapal tangki asing yang disyaki melakukan pemindahan sebanyak 350,000 liter minyak secara haram di perairan Pontian kelmarin.
APMM juga menahan seramai 45 lelaki berusia di antara 22 dan 64 tahun yang merupakan krew ketiga-tiga kapal berkenaan iaitu MV Eleftheria K, Neptank VII dan MT Sea Trader 8.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Abdul Razak Johan berkata, dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi itu, ketiga-tiga kapal tersebut pada mulanya dikesan dalam keadaan mencurigakan apabila berhimpit antara satu sama lain pada kedudukan 1.7 batu nautika selatan Tanjung Piai.
"Pemeriksaan mendapati sebanyak 350,000 liter minyak jenis marine fuel oil telah dipindahkan secara haram dari kapal MV Eleftheria K ke Neptank VII," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: