Wednesday, January 6, 2010

1,000 tak berumah selepas tsunami


BEBERAPA penduduk tempatan meninjau kesan kemusnahan akibat gempa bumi di Rendova, kepulauan Solomon kelmarin.

HAVANA - Terdapat pepatah yang menyatakan terdapat seorang wanita di belakang setiap lelaki yang hebat, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambaran itu disesuaikan dengan bekas pemimpin komunis Cuba yang masih mempunyai pengaruh kuat, Fidel Castro yang kini berumur 84 tahun.

Fidel yang meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu dan digantikan oleh adiknya, Raul Castro bergambar dengan isterinya, Dalia Soto del Valle yang 20 tahun lebih muda daripadanya pada April tahun lalu.

Sebelum ini, Fidel amat jarang bergambar dengan isterinya.

Gambar Fidel bersama isterinya itu disiarkan oleh dua laman web yang mempunyai kaitan dengan parti pimpinan Presiden Nicaragua, Daniel Ortega.

Ia dirakamkan semasa Ortega dan isterinya menemui Fidel pada April tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: