Wednesday, December 23, 2009

Woods belayar ke Bahamas


GAMBAR menunjukkan kapal layar milik Woods semasa berlabuh di Old Port Cove Marina, pantai Palm Beach Utara di Florida pada 16 Disember lalu.


MIAMI - Bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods dan beberapa rakannya dilaporkan sudah belayar ke Bahamas dari pantai Palm Beach di Florida, lapor sebuah majalah semalam.


WOODS


Majalah People memetik satu sumber dengan menyatakan Woods dan rakan-rakannya itu menaiki kapal layar Privacy milik bintang sukan itu pada hujung minggu lalu.

Menurut satu sumber lagi, Woods merancang untuk berada di Bahamas selama beberapa hari tanpa ditemani isterinya, Elin Nordegren.

Kapal layar milik Woods itu bernilai AS$22.42 juta (RM76.97 juta).

Menurut sebuah lagi akhbar, Woods pergi ke Bahamas bersama rakan-rakannya yang bermain golf.

Woods kini berdepan dengan masalah rumah tangga selepas hubungan sulitnya dengan 14 wanita dibongkar oleh pihak media sejak beberapa minggu lalu.

Pelakon filem lucah, Holly Samson dan penganjur parti, Rachel Uchitel merupakan antara 14 wanita yang dikaitkan dengan skandal seks dengan Woods.

Kapal layar mewah milik Woods itu mempunyai gimnasium, jakuzi dan bar.

Ia dilengkapi dengan tangki minyak 45,424 liter yang boleh digunakan untuk pelayaran sejauh 6,437 kilometer.

Menurut satu laporan, polis memasuki rumah Tiger Woods pada Isnin lalu.

Dua buah kereta polis dan lapan motosikal yang memasuki rumah Woods itu dipercayai akan menemani kenderaan isteri Woods keluar dari rumah pasangan itu di Florida.

Seorang jurugambar menyatakan, isteri dan dua anak Woods dipercayai pergi ke sebuah lapangan terbang.

Elin, 29, dilaporkan merancang untuk meraikan Krismas bersama keluarganya di Sweden sebelum dia memfailkan perceraian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: