
IMEJ rakaman kamera tertutup menunjukkan suasana semasa seorang pengebom berani mati meletupkan bom di Kelab
Akhbar di Peshawar kelmarin.
Akhbar di Peshawar kelmarin.

GAMBAR rakaman kamera tertutup menunjukkan beberapa orang membantu mangsa letupan pengebom berani mati di Kelab Akhbar di Peshawar kelmarin.
PESHAWAR - Sejumlah wartawan Pakistan yang memakai liltan hitam di lengan melakukan solat jenazah semalam dan mengutuk kumpulan Taliban berhubung satu serangan berani mati ke atas sebuah kelab akhbar di sini.
Seorang remaja yang membawa bahan letupan di tubuhnya berjalan ke pintu pagar kelab berkenaan di bandar Peshawar, barat daya Pakistan dan meletupkan diri kelmarin ketika polis cuba menghalangnya daripada memasuki bangunan tersebut.
Menurut beberapa pegawai, sebanyak tiga orang terbunuh termasuk seorang anggota polis dan seorang akautan kelab tersebut.
Mereka menyatakan sebanyak 26 orang lagi termasuk wartawan mengalami kecederaan.
Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan kejadian itu.
Namun, pergerakan Taliban pernah mengancam wartawan dengan mengkritik liputan tentera Pakistan terhadap militan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: