![]() |
| CHENG SAN (dua dari kanan) memeriksa sebahagian daripada bahan bakar yang dirampas di Pengkalan Kubor, Tumpat. |
TUMPAT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat pengusaha stesen minyak yang beroperasi di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand kerana dipercayai bersekongkol dengan penyeludup bahan bakar ke negara jiran itu.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, tindakan tersebut wajar dilakukan memandangkan petrol dan diesel yang dijual di Malaysia merupakan subsidi kerajaan kepada rakyat negara ini.
Menurutnya, segelintir pengusaha stesen minyak terbabit dikesan bersekongkol dengan penyeludup apabila sengaja menjual bahan bakar kepada rakyat negara jiran termasuk penyeludup bagi mengaut keuntungan tinggi.
Jelas beliau, perbuatan pengusaha stesen minyak itu dipercayai merugikan kerajaan apabila rakyat negara jiran juga mendapat manfaat sama dengan rakyat negara ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: