Monday, December 21, 2009

Sistem kawalan ATM diperketat

KLANG - Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai RM50 juta pada tahun 2007 akan di siasat secara terperinci.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan akan diambil setelah siasatan selesai.

"Yalah perkara telah berlaku, kita siasat. Kalau ada pihak yang salah kita ambil tindakan," kata beliau selepas merasmikan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf 2009) di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Sementara itu, sistem yang diguna pakai dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa bagi memastikan kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E tidak berulang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem yang terdapat di ATM telah dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: