
KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd. meletakkan sasaran untuk meningkatkan portfolio pembiayaan peribadi kepada RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010 berbanding RM1.5 bilion sebelum ini.
Pengurus Besar Perbankan Pelanggan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, bank itu akan menjalankan kempen pemasaran yang agresif dan berkesan untuk menarik pelanggan.
"Dengan ciri-ciri yang berdaya saing, orang ramai akan tertarik kepada produk pembiayaan kami, I-Pembiayaan Peribadi. Ia juga menawarkan antara kadar yang paling rendah di pasaran," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi kempen ExtraBagAnza bank itu di sini semalam.
Khairul berkata, sehingga 30 November lalu, lebih RM30 juta telah diagihkan dalam bentuk pinjaman semenjak pelancaran kempen itu pada 1 September 2009.
Beliau berkata, pelanggan yang hendak mengambil bahagian, perlu memohon pinjaman minimum sebanyak RM30,000 mulai sekarang hingga 30 Jun 2010.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: