
Program mencuit hati bercorak permainan yang dipanggil ‘Redah Kasi Pecah’ ini boleh disaksikan menerusi Astro Warna di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 4 Disember lalu. Rancangan 26 episod ini merangkumi lima segmen yang terdiri daripada Redah Cari Kawan, Buat Kasi Betul, Kasi Pecah Kepala, Redah Rewang-Rewang dan Layan Kasi Pecah.
Setiap segmen memerlukan mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan pasangan masing-masing. Dalam segmen Redah Cari Kawan, peserta akan ditugaskan untuk mencari rakan pasukan mereka yang terdiri daripada penduduk kampung yang dilawati berdasarkan petanda yang diberikan. Peserta terakhir yang tiba di check point yang ditetapkan akan dikenakan penalti dengan memakai baju maskot yang disediakan.
Segmen Buat Kasi Betul pula akan memerlukan setiap kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang berbentuk cabaran fizikal. Pemenang untuk segmen bagi ini akan menerima baucar tunai bernilai RM50.
Manakala segmen ketiga pula ialah Kasi Pecah Kepala yang mana setiap kumpulan akan bersaing untuk menjawab soalan berdasarkan lokasi kampung dan negeri yang dikunjungi. Peserta dikehendaki meniup belon sampai pecah dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan. Dalam segmen Redah Rewang-Rewang, setiap kumpulan akan bersaing di dalam permainan atau aktiviti tradisional yang kebiasaannya dilakukan oleh penduduk kampung seperti Coconut Shy (sejenis permainan tradisi orang Portugis), permainan klereng, baling tin, kabadi dan juga seni kaligrafi Cina.
Segmen terakhir iaitu Layan Kasi Pecah memerlukan setiap kumpulan untuk melakukan persembahan secara spontan seperti tarian atau nyanyian tradisional berdasarkan kebudayaan negeri yang dilawati. Pemenang bagi segmen ini akan ditentukan berdasarkan sorakan yang diterima daripada penonton.
Jangan lupa temu janji anda untuk menyaksikan program Redah Kasi Pecah di Astro Warna dalam pakej Mustika.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: