
MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin menawarkan dirinya sendiri untuk diterima menjadi pasukan judo kebangsaan selepas beliau menunjukkan kemahirannya kepada anggota-anggota pasukan itu.
Putin yang berumur 57 tahun membuat cadangan itu pada satu sesi latihan kelmarin yang turut disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.
Beliau yang masih dianggap sebagai pemimpin utama walaupun penggal perkhidmatannya sebagai Presiden tamat tahun lalu memasuki Dewan Sekolah Sukan Mastery di St. Petersburg dengan memakai pakaian berwarna putih serta tali pinggang hitam.
Beliau kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada anggota pasukan itu.
Selepas menundukkan kepala, bekas ejen perisik itu 'membaling' seorang anggota pasukan tersebut yang berumur separuh daripada usianya.
Putin turut membuat terjahan terhadap jurulatih pasukan itu yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Moscow 1980, Ezio Gamba.
Semasa majlis minum teh, Putin membuat cadangan dengan berkata: "Jika anda mahukan bantuan secara terus, anda boleh memasukkan saya ke dalam pasukan," katanya kepada jurulatih tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: