Thursday, December 24, 2009

PNB bayar pendapatan ASN 5.2 sen seunit


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah membuka replika penyata pengagihan
pendapatan ASN di Kuala Lumpur.




KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) semalam mengumumkan pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 5.20 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM81.52 juta sebagai bayaran agihan pendapatan ASN bagi tahun semasa.

Pembayaran tersebut melibatkan 1.19 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 1.57 bilion unit ASN.

"Berdasarkan nilai aset bersih ASN daripada RM0.5619 seunit pada 31 Disember 2008 kepada RM0.7586 seunit pada 22 Disember 2009, jumlah pulangan yang dicatatkan oleh ASN adalah sebanyak 35.01 peratus," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: