KUALA TERENGGANU - Lima warga Asia Barat yang terlibat melarikan barangan kemas RM1 juta di sebuah kedai emas di Pasar Besar Kedai Payang Khamis lalu dipercayai anggota sindiket antarabangsa yang aktif melakukan jenayah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sindiket tersebut cekap dan pintar serta sering memantau pergerakan pembekal emas untuk mencari kelemahan atau kelalaian mereka sebelum melakukan rompakan.
"Kita dudah mengenal pasti identiti mereka yang terlibat dan yakin akan dapat menahan mereka yang berkenaan tidak lama lagi," kata beliau selepas majlis pemakaian pangkat Asisten Supritendan kepada 22 pegawai polis di sini semalam.
Mohd. Shukri berkata, siasatan polis mendapati dalam kejadian berkenaan, lima suspek termasuk seorang wanita itu dipercayai telah mengekori pembekal emas dari Kuala Lumpur untuk menghantar bekalan ke kedai emas di Kuala Terengganu.
Menurut beliau, mereka kemudian mengambil kesempatan kawalan keselamatan yang longgar di kedai berkenaan untuk melakukan rompakan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: