Tuesday, December 22, 2009

Perginya heroin Clueless




NAMA aktres Brittany Murphy bukanlah sebesar bintang-bintang Hollywood seperti Angelina Jolie, Jessica Alba mahupun Nicole Kidman. Bukan berada dalam selebriti kelas A, bagaimanapun, semalam pada pukul 10.04 pagi (waktu Amerika Syarikat) akibat serangan jantung memberikan kesan yang amat mendalam kepada industri Hollywood.

Kemesraan aktres berusia 32 tahun yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Beverly Hills itu, membuatkan ramai kenalan serta selebriti-selebriti lain terasa kehilangannya.

Kerana itu bekas kekasihnya, Ashton Kutcher, antara yang paling awal menulis dalam laman Twitternya yang dia amat merasai kehilangan Brittany walaupun mereka sudah berpisah sejak enam tahun yang lalu.

"Hari ini, kita telah kehilangan sebutir permata. Takziah kepada keluarga Brittany dan ibunya yang hebat, Sharon. Kita berjumpa di alam lain pula," kata Ashton.

Hakikatnya perjalanan dunia hiburan Brittany bukanlah pendek. Dia telah menghambakan dirinya selama lebih 18 tahun dengan terlibat dalam lebih 35 buah filem.

Anak kelahiran Atlanta, Georgia itu memulakan kariernya pada awal tahun 1990-an pada usia 14 tahun lagi. Namun, memegang watak Tai seorang gadis naif dalam filem Clueless bersama Alecia Silverstone pada tahun 1995 antara yang memuncakkan nama Brittany.

Percaya atau tidak selepas 14 tahun, Brittany sehingga kini sentiasa dikaitkan dengan Clueless.

Bakat lakonan Brittany turut mendapat perhatian setelah berlakon dalam filem 8 Mile (2002) dan Sin City (2005).


KEMATIAN Bittany pada usia 32 tahun mengejutkan ramai pihak.


Selain itu, antara filem-filem lain yang pernah dilakonkan oleh isteri kepada Simon Monjack itu ialah Uptown Girls (2003), Sidewalks of New York (2002) dan The Groomsmen (2006).

Bakal muncul di layar perak tahun depan dalam filem Sylvester Stallone, The Expendables yang pasti, wanita itu tidak sempat menyaksikan sambutan peminat terhadap filemnya itu.

Namun, bakatnya ternyata bukan hanya dalam lakonan sahaja apabila pada Jun 2006 Brittany mengeluarkan single lagu Faster kill Pussycat melalui album A Lively Mind. Menariknya lagu tersebut telah menjadi nombor satu dalam carta Billboard's Hot Dance Club Play.

Cinta Brittany

Bercerita mengenai kisah cintanya pula, peminatnya begitu gembira bila dikhabarkan Brittany sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Ashton Kutcher pada hujung tahun 2002.

Bagaimanapun hubungan mereka hanya dapat bertahan selama setahun sebelum Brittany mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus bakat, Jeff Kwatinetz.

Tidak dapat mengekalkan hubungannya dengan Jeff, Brittany sekali lagi bertunang dengan seorang lelaki yang ditemuinya ketika berlakon dalam filem Little Black Book. Namun, hatinya sekali lagi terluka.

Selepas beberapa kali putus tunang, Brittany sedikit trauma untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki. Bagaimanapun, pada bulan Mei 2007, Brittany telah membuka hatinya dengan mengahwini seorang penulis skrip, Simon Monjack.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: