
PHNOM PENH – Pemerintah Kemboja membebaskan seorang lelaki warga Thailand daripada hukuman penjara semalam selepas diampunkan kerana mengintip bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra di negara itu.
Lelaki itu, Siwarak Chothipong selepas Thaksin melakukan lawatan ke Kemboja buat kali kedua dalam bulan ini.
Tindakan itu sekali gus akan mencetuskan kembali ketegangan diplomatik antara Bangkok dan Phnom Penh.
Beberapa saksi berkata, Siwarak, 31, merupakan seorang petugas Perkhidmatan Trafik Udara di sini, meninggalkan penjara Prey Sar dengan diiringi tiga buah kereta selepas diampunkan oleh pemerintah Kemboja, Raja Norodom Sihamoni pada Jumaat lalu.
“Saya berasa sangat gembira. Saya berpendapat mungkin kembali ke Thailand. Saya akan kembali semula ke Kemboja,” kata Siwarak kepada wartawan.
Peguamnya Khieu Sambo berkata, Siwarak kemudian berangkat menaiki satu penerbangan ke Bangkok bersama ahli-ahli keluarganya.
Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berkata, beliau berasa gembira apabila mendengar Siwarak telah dibebaskan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: