Saturday, December 12, 2009

Penerbit Pulau Asmara kerjasama edar filem Thai


MASNAH menunjukkan poster filem Pulau Asmara selepas merasmikan tayangan perdana dan amal di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Penerbit filem Pulau Asrama, Alakazam Productions Sdn. Bhd. semalam melakar sejarah dalam portfolio syarikatnya apabila memeterai perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat pasca produksi dari Thailand, Kantana Group.

Perjanjian tersebut yang dimeterai sebelum majlis tayangan perdana filem lakonan Leez AF4, Faizal AF4, Shasha Arsheela, Sheikh Bolkiah, Abby Aziz dan Nadia Kesumawati itu merangkumi pengedaran filem Abge of The Empire milik Kantana Group ke seluruh Malaysia.

"Kami amat berbangga kerana bermula sebagai sebuah syarikat yang menerbitkan drama tetapi kini melangkah setapak lagi apabila menjadi pengedar filem daripada negara jiran," ujar pengerusi syarikat Alakazam Productions Sdn. Bhd., Datuk Aziz Singah.

Terdahulu, majlis tayangan perdana dan amal filem Pulau Asmara itu berlangsung di pawagam Tanjung Golden Village (TGV) KLCC di sini dan dirasmikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: