
SHAH ALAM - Pemikiran dan tindakan masyarakat Felda mesti menerjah sempadan antarabangsa dan tidak hanya dilingkari setakat apa yang dilihat di kawasan pedalaman sahaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk itu, beliau berkata, masyarakat Felda mesti menguasai ilmu setinggi mungkin bagi membolehkan mereka menjadi jaguh di peringkat antarabangsa.
"Mungkin di tahun 60-an dan 70-an, kita juara kampung tetapi pada abad ke-21 ini, kita mahu masyarakat Felda menjadi juara di persada antarabangsa.
"Inilah hasrat kita, mudah-mudahan hari ini dapat menyuntik semangat kita untuk melakukan transformasi yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Iktiraf 2009 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.
Mengulas lanjut, Najib memberitahu, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan bersama Felda akan melakukan transformasi besar di peringkat akar umbi pada fasa pertama dan seterusnya membawa Felda berjaya di persada antarabangsa.
Jelasnya, pada masa ini, bilangan masyarakat di 317 rancangan Felda adalah seramai 113,000 orang dan jumlah itu katanya, mungkin akan bertambah sehingga 1.5 juta dengan lahirnya generasi kedua dan ketiga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: