Friday, December 11, 2009

Pementasan Teater Di Istana Budaya Lepasi Sasaran Penonton

KUALA LUMPUR: Pementasan teater tempatan seperti Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical, P.Ramlee The Musical dan Natrah mendapat sambutan luar biasa sehingga membolehkan Istana Budaya memperoleh 145,357 penonton iaitu melepasi sasaran 110,000 orang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatimberkata sejak Istana Budaya memulakan operasinya pada 1999, jumlah kehadiranpenonton dan jumlah jualan tiket hanya akan meningkat apabila melibatkanpersembahan teater antarabangsa.

"Tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap persembahan luar negaranampaknya begitu tinggi. Oleh itu, persembahan seperti Cats, Chang and Eng,Saturday Night Fever, Fame, Stomp, The Sound of Music dan beberapa lagiproduksi dari luar negara telah mendapat sambutan luar biasa berbanding produksi dalam negara.

"Namun pementasan PGL The Musical, P.Ramlee The Musical dan Natrah telahmemperlihatkan perubahan sikap khalayak Malaysia yang telah mula memberikansambutan luar biasa kepada pementasan tempatan yang dapat dilihat dari tiketyang habis dijual sebelum pementasan bermula," katanya dalam ucapan perasmianpelancaran program Istana Budaya tahun 2010 di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalannya Senator Heng Seai Kie.

Rais berkata teater Natrah yang ditayangkan sejak 30 November lepas dan telahberakhir kelmarin, bagaimanapun dilanjutkan tempohnya selama empat hari lagisetelah mendapat sambutan yang luar biasa dan mencatatkan rekod pencapaiantertinggi sepanjang 10 tahun Istana Budaya beroperasi.

Selain itu, beliau berkata teater "Mana Setangginya" yang dipentaskan tahunini, karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan, juga mendapat sambutan yangmemberangsangkan.

"Ini sebagai petanda bahawa khalayak Malaysia boleh menerima pelbagai bentukkarya pentas yang dihidangkan sama ada berbentuk muzikal, teater kanak-kanak,mahu pun teater serius yang menuntut pemikiran yang mendalam.

"Selain itu, dengan pelancaran produksi bagi musim 2010, saya berharap agarsemua pihak khususnya kepada pihak media, memberikan liputan meluas mengenaiprogram yang bakal dilaksanakan di Istana Budaya. Liputan yang meluas dengankeberkesanan penyampaian, sudah pasti akan mengundang lebih ramai khalayak untuk hadir ke Istana Budaya untuk menikmati pelbagai bentuk persembahan teater, muzik dan tari yang bakal dipersembahkan nanti," katanya.

Rais berkata bagi tahun 2010, Istana Budaya menetapkan sasaran pencapaianpeningkatan jumlah kedatangan penonton sebanyak 20 peratus.

Selain itu, beliau berkata bagi menjaga nama baik dan kredibiliti IstanaBudaya, mana-mana syarikat yang ingin membuat persembahan di situ akan dikenakan deposit sebanyak 10 peratus.

"Apabila mereka bersetuju untuk membuat persembahan, maka mereka harusmembayar deposit sebagai satu ikatan supaya mereka tidak dengan mudah sahajamenarik diri apabila gagal mendapat penajaan untuk persembahan yang dirancang," katanya.

Rais juga berkata Istana Budaya sedang merancang untuk membeli hakciptabeberapa karya dari luar negara yang dikenalpasti boleh memberi pulangankewangan serta mendapat sambutan dari penonton untuk dipentaskan di IstanaBudaya.

Pembelian hakcipta, katanya, adalah penting bagi menjadikan Istana Budayasebagai pusat persembahan yang memiliki karya yang bertaraf dunia.

Dalam pada itu, beliau juga mengesyorkan supaya pihak swasta bekerjasamadengan Istana Budaya dalam pelbagai aspek demi pembangunan aktiviti seni danbudaya.

Mengenai program Istana Budaya pada 2010, sebanyak 25 program telah disusunantaranya, Makyung Anak Raja Dua Serupa, Konsert Irama Malaysia bersama Okestra Tradisional Malaysia (OTM), Konsert Satu Suara bersama Okestra Simfoni Malaysia (OSK), Worldstar Road to Hollywood, Salam Serumpun, Arirang Korean Week, West Side Story, Estet the Musical, Cuci the Musical, teater Uda dan Dara dan muzikal Budak Kampung.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Heng berkata teater Natrah pernah menjadiidea Rais, lima tahun lepas ketika menyandang jawatan Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (Kekwa).

"Ternyata idea Yang Berhormat Menteri berjaya direalisasikan dan terbuktiidea beliau mendapat sambutan yang hangat," katanya.

Mengenai pembelian hakcipta karya dari luar negara, beliau berkata ia jugabertujuan untuk membolehkan penggiat seni di negara ini mempelajari kemahiranyang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya selain dilihat mampumeningkatkan mutu persembahan.

Heng juga berkata di bawah bajet 2010, Istana Budaya diperuntukkan sebanyakRM22 juta.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu Ketua Pengarah Istana Budaya MohamedJuhari Shaarani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: