

LAS VEGAS - Pemilik sebuah rumah pelacuran di Amerika Syarikat (AS), Bobby Davis berharap pihaknya dapat menyediakan perkhidmatan pelacur lelaki berlesen pertama di negeri Nevada dalam tempoh sebulan.
Ia bakal menjadi kenyataan apabila pihak berkuasa kesihatan negeri itu dijangka meluluskan satu kaedah ujian perubatan bagi mengesan penyakit berjangkit untuk golongan lelaki.
Menurut Davis, dunia kini bersedia menerima realiti bahawa wanita dan lelaki bebas melanggan pelacur yang sah mengikut undang-undang.
Dia berkata, menjadi rumah pelacuran pertama yang menawarkan perkhidmatan pelacur lelaki mampu meningkatkan perniagaan semasa AS masih dihimpit dengan kesan krisis ekonomi.
"Las Vegas sudah terkenal dengan beraneka hiburan untuk golongan lelaki dan kami berpendapat sudah tibanya masa untuk mencuba idea baru ini," jelas Davis.
Nevada kini tidak membenarkan lelaki menjadi pelacur berikutan undang-undang negeri mewajibkan pekerja seks menjalani ujian kesihatan berkala bagi mengesan jangkitan penyakit kelamin.
Namun, peraturan itu bakal diubah setelah pihak berkuasa kesihatan meluluskan satu ujian bagi mengesan penyakit berjangkit di kalangan lelaki.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: