Saturday, December 12, 2009

Malang ratu cantik bakal buta


NICOLA


CAERPHILLY, Britain - Seorang gadis jelita, Nicola Thomas mempunyai impian untuk mewakili Wales pada pertandingan ratu cantik dunia sebelum dia menjadi buta buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun gadis yang berumur 23 tahun itu kini buta mata kirinya setelah dia disahkan menghidap penyakit Devic, Nicola berikrar untuk tidak mensia-siakan hidupnya.

Penyakit Devic berlaku apabila sistem imun menyerang sistem saraf pusat sehingga menyebabkan penglihatan penghidapnya beransur-ansur buta.

"Tiada siapa tahu bila mata saya yang satu lagi akan buta tetapi saya mahu melakukan sedaya upaya saya untuk mencapai impian semasa saya masih boleh melihat," katanya.

Nicola memenangi gelaran Ratu Cantik Caerphilly 2010 di bandar kelahirannya, Wales Selatan sekali gus melayakkannya untuk bertanding bagi merebut mahkota Ratu Cantik Wales pada musim panas depan.

Dia mula menyedari penglihatannya mata sebelah kirinya menjadi kabur dua tahun lalu semasa menonton televisyen bersama ibunya, Carol, 45.

Pada tahun lalu, Nicola hilang penglihatan mata kirinya buat seketika tetapi kembali sembuh sebelum kembali buta awal tahun ini.

Nasibnya menjadi lebih malang apabila doktor memberi amaran bahawa dia mungkin menjadi buta pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: