![]() |
| MAMPUKAH Anne Hathaway membawakan watak The Vulturess dalam filem Spider-Man 4 nanti? |
MEMANG hangat industri perfileman di Hollywood ketika ini apabila spekulasi tentang filem Spider-Man 4 tidak henti diperkatakan.
Walaupun filem tersebut hanya akan menjalani penggambaran sekitar bulan Mac
Pastinya umum sudah mengetahui dua pelakon utama francais filem Spider-Man iaitu Tobey Maguire dan Kirsten Dunst akan kembali membawakan watak Peter Parker/Spider-Man dan Mary Jane Watson.
Apa yang mengujakan ramai pihak kini adalah tentang watak antagonis dan pelakon yang akan membawakan watak-watak dalam filem Spider-Man 4.
Sebelum ini nama-nama seperti Scarlett Johansson dan Rachel McAdams disebut-sebut untuk membawakan watak antagonis, Felecia Hardy dan alter egonya, The Black Cat.
Namun, kedua-duanya menafikan perkara itu dan mengesahkan tidak akan membawakan watak tersebut.
Sebaliknya, watak berkenaan dikatakan akan dibawakan oleh Anne Hathaway yang menarik minat penerbit dalam membawakan watak itu.
Sungguhpun begitu, watak berkenaan akan mengalami sedikit perubahan apabila bukan The Black Cat yang akan diperkenalkan dalam filem ini nanti tetapi ia akan ditukar kepada watak baru yang diberi nama The Vulturess.
Rasional pertukaran itu adalah kerana untuk menggandingkan watak The Vulturess dengan satu lagi watak antagonis bernama Vulture yang bakal dipegang oleh John Malkovich.
Bukan itu sahaja, watak antagonis, The Lizard yang dikatakan akan diperkenalkan dalam filem ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.
Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan berita ini? Sama-sama kita nantikan dari semasa ke semasa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: