Tuesday, December 22, 2009

Konsert Bagaikan Sakti M Nasir, Datuk Siti Nurhaliza di saluran 955

Sempena tahun baru 2010, Astro membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Datuk Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).

Peminat kedua-dua penyanyi tersohor ini berpeluang menonton konsert tersebut secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.

Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, kehebatan dua ikon seni, M Nasir dan Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“Kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja. Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), ia dapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di Esplanade, Singapura," katanya.

Konsert tersebut bakal menyaksikan gabungan hebat M Nasir dan Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 pemuzik pimpinan mereka.

Jangan ketinggalan untuk melanggani pakej Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menikmati Konsert Bagaikan Sakti M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza dengan hanya RM10 eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: