
DUA orang pekebun terpaksa ditenteramkan oleh anggota Rela kerana tidak dapat menerima hakikat kebun sayur mereka di Kampung Kuala Terla, Cameron Highlands dirobohkan.
CAMERON HIGHLANDS - Beberapa orang penanam sayur yang menceroboh tanah kerajaan di Kampung Kuala Terla di sini sekadar dapat melihat semua binaan di ladang masing-masing dirobohkan semalam selepas tidak mengendahkan notis menghentikan operasi yang dikeluarkan dua bulan lalu.
Dalam keadaan terdesak, ada antara mereka mahu merobohkan jambatan kayu menghala ke beberapa kebun sayur di situ sebelum dilalui penguat kuasa Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) tetapi gagal selepas ia telah dikawal pihak polis.

JAMBATAN kecil yang dirobohkan pekebun bagi menghalang operasi memusnahkan kebun sayur haram.
Operasi bersepadu membabitkan 80 anggota penguat kuasa itu dilakukan ke atas empat daripada 11 ladang yang diusahakan secara bersama oleh 11 pekebun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: