Saturday, December 12, 2009

Jurugambar nyaris maut


GAMBAR menunjukkan Willsheer (dalam bulatan) masih merakamkan gambar walaupun sebuah kereta lumba terbabas dan hampir mengenainya di Litar Pomona, California.


LOS ANGELES - Seorang jurugambar Britain nyaris maut apabila sebuah kereta lumba drag terbabas ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar itu, Andy Willsheer sedang merakamkan gambar walaupun semasa kereta lumba itu berpusing ke arah konkrit penghadang di Litar Pomona di California baru-baru ini.

Kereta drag yang mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh kurang daripada satu saat itu kemudian merempuh penghadang berkenaan tetapi terhenti cuma satu meter di hadapan Willsheer.

"Orang ramai menjerit meminta dia melarikan diri tetapi Willsheer masih merakamkan gambar," kata seorang saksi.

"Dia benar-benar bernasib baik kerana masih hidup dan gambar-gambar yang dirakamkan itu tentunya hebat," tambahnya.

Pasukan kecemasan mematikan enjin kereta lumba itu sebaik sahaja ia berhenti menakala pemandunya, Steve Gasarrelli keluar tanpa mengalami sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: