![]() |
| Jeslina Hashim |
ENTAHKAN betul entahkan tidak. Joyah tak suka buat spekulasi. Tapi dengarnya penyanyi yang popular dengan lagu Kuintai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim membuat rawatan mencantikkan muka.
Khabarnya dia buat muka. Joyah tak tahulah dia buat apa. Mancungkan hidung ke? Naikkan pipi ke? Tapi ada yang sudah ternampak Jeslina ke sebuah klinik di ibu kota baru-baru ini.
Walaupun dia nampaknya seperti 'coverline' bila nak masuk ke klinik itu tapi kalau dah namanya artis, sebatu lagi orang dah nampak. Pakailah kaca mata hitam tebal sejengkal pun, orang tahu juga.
Joyah taklah menentang bab-bab kecantikan ini. Sebab siapa yang tak mahu cantik. Joyah pun nak.
Cuma kalau buat itu biarlah berpada-pada. Takut nanti menyesal macam Zahida Rafik. Dah habis beribu ringgit nak cantik tapi lain pula halnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: