Wednesday, December 23, 2009

Jepun minat Model Ekonomi Baru

KUALA LUMPUR - Masyarakat peniagaan Jepun berminat mendapatkan maklumat penuh Model Ekonomi Baru Malaysia dan kemajuan yang dicapai di pelbagai koridor ekonomi, terutama Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Perkara itu dinyatakan pada temu bual oleh Nikkei Business Jepun bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjelaskan kepada majalah mingguan itu mengenai perancangan umum untuk meningkatkan ekonomi negara kepada pendapatan lebih tinggi berbanding status ekonomi pendapatan sederhana tinggi sedia ada.

"Kerajaan sudah merangka Model Ekonomi Baru berasaskan inovasi, kreativiti dan sumber pertumbuhan bernilai tinggi.

"Model ini bertujuan mengalihkan pergantungan kami daripada sektor pembuatan yang menggunakan tenaga pekerja separuh mahir dan berkos rendah kepada sektor yang memberi tumpuan terhadap perkhidmatan moden dan teknologi tinggi yang bergantung kepada pekerja mahir dan berpendapatan tinggi," katanya pada temu bual sejam itu.

Katanya, bagi merealisasikannya, pelaburan perlu dipertingkatkan dalam pembangunan modal insan dan membangunkan asas yang kukuh dalam penyelidikan dan pembangunan, reka cipta dan kejuruteraan dan mengkomersialkan aktiviti penyelidikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: