Monday, December 21, 2009

Ibu Woods terluka


GAMBAR fail menunjukkan Woods bergambar bersama ibunya selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Pantai Pebble, California.


NEW YORK - Kultida Woods iaitu ibu bintang golf No.1, Tiger Woods berasa kecewa, marah dan terluka dengan perbuatan anaknya itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang rakan keluarga bintang golf tersebut yang memberitahu majalah dalam talian, People.com.

"Dia (Kultida) mahu mengetahui kenapa anaknya sanggup melakukan perbuatan tersebut terhadap keluarganya," kata rakan keluarga itu.

Rakannya itu memberitahu Kultida yang berketurunan Thailand menyayangi Woods dan akan memberi bantuan kepada anaknya.

Skandal seks Woods termasuk hubungannya dengan pelakon lucah terbongkar selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Florida pada hujung bulan lalu.

Seorang wanita yang berumur 48 tahun, Theresa Rogers turut dikaitkan dengan skandal itu dan dilaporkan mempunyai anak hasil hubungan dengan bintang golf tersebut.

Namun, ibu Woods itu memerlukan masa untuk menangani krisis yang dihadapi oleh anaknya.

"Dia (Kultida) menyukai isteri Woods, Elin Nordegren dan menyayangi cucunya," kata rakan keluarga bintang golf itu.

"Kultida bimbang mengenai mereka (cucunya). Dia tidak mahu melihat mereka (cucunya) terluka," tambah rakan keluarga Woods.

Bintang golf itu mempunyai dua anak sepanjang dia hidup bersama Elin selama lima tahun.

Sementara itu, isteri Woods dilaporkan sudah berpindah keluar dari rumah yang menjadi tempat tinggalnya bersama Woods di Florida.

Elin dilaporkan kini bersiap sedia untuk memfailkan perceraian.

Menurut beberapa laporan akhbar lain, Elin mahu menuntut separuh daripada kekayaan Woods yang berjumlah kira-kira £370 juta (RM2.05 bilion) dan hak penuh penjagaan dua anak mereka yang berumur dua tahun dan sepuluh bulan.

Woods turut dilaporkan enggan untuk merawat ketagihan seksnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: