Tuesday, December 15, 2009

Gaun ketat bukan masalah!


SUSHMITA SEN


JIKA sesetengah aktres Bollywood mengamalkan sikap berlagak diva ketika berada di set penggambaran, lain pula halnya bagi pelakon jelita, Sushmita Sen sewaktu membabitkan diri dalam produksi filem terbarunya, Dulha Mil Gaya.

Semasa melakonkan babak menyanyi serta menari, Sushmita dikehendaki menggayakan gaun keemasan yang kelihatannya begitu menawan. Malangnya, pakaian itu sedikit ketat hingga terlalu melekat pada tubuhnya lalu menyukarkan pergerakan.

Menurut sumber yang merupakan salah seorang tenaga produksi filem tersebut, gaun yang dipakai oleh Sushimta tidak dinafikan sangat hebat pada pandangan sesiapa sahaja.

"Cuma ia terlalu ketat apabila disarungkan pada tubuh langsing Sushmita. Malah memang nampak pelakon itu sendiri rasa kurang selesa dengan gaunnya.

"Biarpun begitu, Sushmita tetap memakai gaun itu disebabkan tiada pilihan lain. Paling mengejutkan, tidak sesekali terdengar rungutan daripada mulutnya yang ingin berganti pakaian baru. Memakan masa empat hari menghabiskan keseluruhan babak itu, dia tetap menyarungkan gaun sama pada tubuhnya tanpa sebarang rungutan," jelas sumber itu.

Terkenal selama ini dengan sikap profesional diri, Sushmita menamatkan pembikinan adegan itu dengan jayanya tanpa bersungut meskipun terdengar cerita kononnya tubuh aktres itu mengalami masalah kemerah-merahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: