Monday, December 14, 2009

Gantung diri pada kipas siling

KULIM - Punca kematian seorang wanita berusia 30-an di Taman Kenari, di sini, yang mencetuskan tanda tanya kepada pihak polis, akhirnya terjawab apabila dia didapati mati akibat tergantung setelah disyaki cuba bunuh diri.

Jawapan pada persoalan itu diperolehi setelah bedah siasat ke atas mayat wanita berkenaan dijalankan di Hospital Kulim di sini semalam setelah pihak polis mencurigai ada unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya apabila kesan umpil pada pintu rumah wanita itu dikesan oleh pihak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, selain itu, kesan calar pada lehernya juga meyakinkan pihak berkenaan bahawa ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan wanita itu sesak nafas sebelum menemui ajalnya.

“Malam semalam (kelmarin), wanita itu dikejarkan oleh suaminya ke Hospital Kulim setelah dia didapati sesak nafas dan kemudian tidak sedarkan diri oleh suami dan anaknya yang baru pulang dari membeli makanan.

“Atas sesuatu sebab, dia dikejarkan ke Hsopital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani namun meninggal dunia setelah dibawa pulang ke sini (Hospital Kulim). Mayat wanita itu kemudian dibawa balik ke rumahnya di Taman Kenari kira-kira jam 1.30 pagi,” katanya.

Ghuzlan berkata, polis yang mencurigai punca kematian mangsa berikutan terdapat kesan calar pada lehernya selain kesan umpil yang ditemui pada pintu rumahnya telah mengarahkan mayat wanita itu dibawa semula ke Hospital Kulim untuk menjalani bedah siasat.

“Keputusan bedah siasat mendapati wanita itu mati akibat tergantung, mungkin dia cuba bunuh diri dengan gantung diri pada kipas siling di rumahnya," katanya.

Ghuzlan berkata, polis mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah oleh mana-mana pihak terhadap wanita berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: